Pengenalan

Saban hari kita dikejutkan dengan fakta dan statistik kesihatan rakyat Malaysia yang amat membimbangkan. Umum mengetahui bahawa punca utama kepada masalah kesihatan ini adalah kurangnya kesedaran terhadap kepentingan pemakanan yang seimbang serta budaya hidup yang tidak sihat. Menyedari bahawa tuntutan kepada tubuh badan yang sihat menjadi paksi kepada pembinaan jati diri yang cemerlang, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Gombak dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Kuala Lumpur berhasrat untuk menganjurkan Karnival Larian Islami, Kesihatan dan Kekeluargaan sebagai wadah pendidikan kesihatan untuk seluruh masyarakat muslim, khususnya yang berada di sekitar kawasan Gombak.


Bila & Di Mana?

Tarikh 17 Julai 2010

masa 8.00 pg - 5.00 ptg

tempat Masjid Rahimah, Greenwood, Gombak

Kategori

............. men rendah men atas terbuka veteran
kategori Lelaki & Wanita Lelaki & Wanita Lelaki & Wanita Lelaki
umur 13-15 tahun 16-17 tahun 18-40 tahun 40 tahun ke atas
Daftar Daftar Daftar Daftar Daftar



Info


Trek Larian

Aktiviti

  • Derma darah
  • Pemeriksaan Kesihatan Percuma
  • Pameran
  • Produk Muslim
  • Gerai Jualan
  • Aktiviti Kanak-kanak

    Sand Art, Pertandingan Mewarna, Pendakwah Cilik

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Gombak

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) merupakan satu badan bukan kerajaan (NGO) yang berperanan di tengah masyarakat dengan hasrat membentuk dan membina masyarakat Islam yang gemilang. ISMA berhasrat untuk memikul amanah sebagai organisasi yang memberikan kebaikan kepada seluruh masyarakat sama ada dari segi aspek kebajikan sosial, pembangunan insan, kekeluargaan, pembangunan remaja dan belia serta wanita.

www.ismagombak.net

Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Kuala Lumpur

Ditubuhkan pada tahun 2007, PEMBINA berhasrat mengembalikan golongan belia kepada Islam yang merupakan satu-satunya penyelesaian kepada kegawatan yang melanda golongan belia masa kini. Justeru PEMBINA berusaha menyediakan platform untuk menggarap golongan belia dan beliawanis melalui pelbagai aktiviti dan lapangan seperti kerohanian, kesukanan, penulisan, kesenian dan teknologi media baru.

www.pembinakl.com

Masjid Rahimah

Masjid Rahimah Terletak di Jalan Greenwood Batu Caves Selangor. Ditubuhkan pada tahun 1986, Masjid Rahimah merupakan penaung kepada 8 buah surau yang terletak di sekitar Masjid tersebut. Masjid Rahimah aktif dalam menganjurkan pelbagai aktiviti imarah seperti kuliah dan pengajian, aktiviti belia melalui biro pemuda, program kekeluargaan dan juga aktiviti untuk kaum wanita dan kanak-kanak.

Muat Turun

Perkara Muat Turun
Borang Pendaftaran Larian Muat Turun
Trek Larian Muat Turun
Peta Lokasi KLIKK 2010 Muat Turun
Promosi KLIKK 2010 Muat Turun

Hubungi Kami

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Lufti (019-5058793)

Farah (013-3105613)